Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 13 July 2020 13:43

IMPAK ILKBS@KOMUNITI IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

IMPAK ILKBS@KOMUNITI IKTBN BACHOK 

Bachok , 13 Julai 2020 – IKTBN Bachok  telah melaksanakan Program Impak ILKBS pada 7 Julai 2020 di Madrasah Darul Ulum Bukit Gedombak Pasir Putih Kelantan.

Program ini merupakan program kerjasama antara IKTBN Bachok bersama Madrasah Darul Ulum. Majlis telah disempurnakan oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok Pn. Nur Dalila Binti Mohamad Khali. Dalam ucapan perasmiannya, antara objektif yang telah dikenalpasti dalam program ini ialah memberi peluang kepada ILKBS untuk menzahirkan kepada masyarakat umum keprihatinan KBS dalam membantu menaik taraf keadaan sosial dan ekonomi penduduk setempat persekitaran ILKBS, membentuk,menggilap dan melahirkan kumpulan sukarelawan ke arah profesionalisme yang utuh menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari di IKTBN Bachok serta menggalakkan seterusnya meningkatkan semangat kesukarelaan di kalangan belia melalui pengalaman serta membentuk kreativiti belia dalam melaksanakan tugas kesukarelaan disamping memupuk kesedaran dalam diri belia tentang kebajikan, sosio ekonomi dan sebagainya. 

Antara aktiviti yang telah dijalankan sepanjang program ini ialah gotong royong membersih kawasan, mengecat bangunan dan kerja-kerja memasang pintu tandas serta ruang legar Madrasah. Program ini berakhir kira-kira pada pukul 2 petang dengan makan tengah hari.

 

Disediakan oleh : Nadia Bt Mat isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 402 times
 
Find us on Facebook
Follow Us