KOLABORASI ABM BERSAMA IKBN KINARUT DALAM PROGRAM PERANTISAN INDUSTRI PEMBINAAN 2020
KINARUT ; Sesi kunjungan hormat daripada Akademi Binaan Malaysia (ABM) yg diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif, Akademi Binaan Malaysia (ABM) Wilayah Sabah iaitu En.Tarzulke IKBN Kinarut telah berlangsung di Bilik Mesyuarat Utama, IKBN Kinarut pada jam 9.00 pagi hingga 11.30 pagi.
Hasil daripada kunjungan hormat tersebut, terdapat beberapa peluang kerjasama yang boleh diwujudkan antara pihak IKBN dan ABM iaitu penawaran penyertaan lepasan IKBN Kinarut dlm Program Perantisan Industri Pembinaan bagi tahun 2020 oleh pihak ABM Wilayah Sabah.
Program Perantisan ini akan membuka peluang kepada belia bekerja dlm industri berkaitan pembinaan. Belia akan menjalani program perantis selama 3 bulan dan diberi elaun sebanyak 800 rggt sebulan.
Selain itu juga, program akreditasi oleh pihak CIDB yang melayakkan pelajar semester akhir mendapat Sijil Kecekapan Kemahiran (SKK) mengikut bidang kursus serta peluang kursus peningkatan kemahiran kepada pengajar IKBN yang boleh ditawarkan oleh ABM seperti Building Information Modelling (BIM).