Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 20 July 2020 10:41

SESI TEMUDUGA BOOTCAMP IKTBN TEMERLOH 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

6 Julai 2020: Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK)  telah menganjurkan satu sesi temuduga bagi program Bootcamp IKTBN Temerloh bagi tahun 2020. Program bootcamp merupakan kursus jangka pendek yang fokus kepada sesuatu bidang latihan TVET dengan kerjasama pihak industri. Untuk program kali ini, sekali lagi IKTBN Temerloh telah bekerjasama dengan syarikat AR MAN Autocare Sdn. Bhd. yang mewakili pihak industri. Program ini bertujuan bagi memberi peluang kepada lepasan SPM menjalani latihan secara teori dan praktikal dalam automotif penyelenggaraan.

Calon yang telah berjaya dipilih menjadi peserta akan menjalani beberapa sesi yang telah dirancang bagi latihan secara berkesan. Usai sesi temuduga, pelatih akan menjalani sesi suaikenal atau Teambuilding bagi memupukan semangat dan motivasi dikalangan peserta. Setelah itu, sesi latihan teori akan diadakan di IKTBN Temerloh dan kemudiannya akan ditempatkan di industri yang berkolobrasi bagi menjalani latihan secara praktikal. Melalui program ini peserta akan menerima elaun, kemudahan tempat tinggal, makan dan minum sepanjang sesi latihan.

Sesi temuduga telah dijalankan oleh En. Nor Azman b Norzaini dan En. Sharil Haizal b. Abd Ghani dari pihak industri dibantu oleh En. Mohamad Fathikamal b Mabror oleh Ketua Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK) dan juga sebagai urusetia. Seramai 10 orang.telah berjaya terpilih  menjadi peserta program istimewa ini.

Diharapkan melalui program ini,ia dapat membantu peserta yang mana merupakan belia untuk mendapatkan latihan teknikal serta pekerjaan dalam masa yang singkat sekaligus meningkatkan lagi peluang kemahiran golongan belia di Malaysia melalui bidang TVET.

Read 278 times Last modified on Isnin, 20 July 2020 10:49