Print this page
Isnin, 20 July 2020 10:49

SESI TEAMBUILDING BOOTCAMP IKTBN TEMERLOH 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

10 Julai 2020: Sesi Teambuilding bagi program Bootcamp 2020 merupakan kesinambungan ke atas sesi temuduga yang telah dilaksanakan pada 6 Julai yang lalu. Program anjuran Cawangan Kerjasama Strategik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK), ini telah disertai oleh 10 orang peserta yang telah pun berjaya melepasi sesi temuduga tersebut.

 Program ini telah diadakan selama tiga hari dan dua malam bermula pada 8-10 Julai 2020 di MS Chemerkau, Ulu Dong di Raub, Pahang. Sesi ini adalah bertujuan bagi memberi pengenalan, motivasi serta persediaan fizikal dan dan kerohanian kepada peserta Bootcamp ini. Antara aktiviti pengisian program ini adalah seperti solat berjemaah, Kuliah Subuh, Explorace, Water Rafting , Jungle Trekking dan beberapa sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK). Aktiviti-aktiviti tersebut telah disusun dan dirancang oleh urusetia ini adalah bertujuan untuk memberi persediaan kepada peserta sebelum memulakan latihan teori di institut dan praktikal di industri nanti. Fasilitator dan penceramah merupakan kakitangan Unit Kokurikulum & Sahsiah, Cawangan Pengurusan Pelajar(CPP) IKTBN Temerloh.

 Semoga dengan inisiatif dari program ini, dapat menghasilkan peserta Bootcamp yang cekal dan motivasi bagi meneruskan sesi Bootcamp yang seterusnya. Selamat maju jaya dan tahniah kepada peserta kerana telah berjaya mendapatkan peluang mendapatkan latihan TVET serta peluang pekerjaan dalam masa yang singkat. Semoga peserta dapat menempuh sesi seterusnya dengan jayanya.

Read 404 times