Print this page
Sabtu, 27 June 2020 16:33

IKTBN SEPANG MENGANJURKAN KURSUS MOBILEGRAFI

Written by
Rate this item
(0 votes)

SEPANG, 27 JUN 2020 – Jabatan Teknologi Elektronik (JTE), IKTBN Sepang melalui Akaun Amanah telah menganjurkan Kursus Mobilegrafi yang menumpukan para peserta kepada teknik infografik menggunakan telefon bimbit untuk menghasilkan poster produk yang inovatif dan menarik. 

Peserta telah didedahkan dengan tips dan rahsia ilmu grafik bagi meningkatkan ‘sales’ produk. Seramai 18 peserta telah mendaftar dan hadir bagi siri yang pertama ini. Kelas bermula pada jam 8.00 pagi sehingga jam 5.00 ptg diterajui oleh pensyarah JTE iaitu Encik Shahrim bin Mohd. Peserta dapat menikmati kemudahan wifi secara percuma dengan tips multimedia serta cabutan bertuah. Kursus diselaras oleh Cawangan Hubungan Industri dan diurusetia oleh Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin bersama Encik Mohd Hairun bin Ab. Malek. Diakhir kursus para peserta telah diberi sijil kursus sebagai tanda kehadiran dan penghargaan.

Read 1776 times Last modified on Khamis, 30 July 2020 16:36