Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 08 August 2016 23:01

GOTONG-ROYONG PERDANA EKSA SIRI 2/2016

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 8 OGOS 2016 - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.

Aktiviti bukan sahaja tertumpu untuk membersihkan di kawasan makmal dan bengkel tetapi juga surau Ibnu Sinar selain memastikan ianya kelihatan kondusif dan bersih.  Program ini memberi peluang kepada pelajar  IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di IKBN Seri Iskandar.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan silaturrahim antara pengajar dan pelajar.

Read 6831 times Last modified on Rabu, 24 August 2016 00:49
 
Find us on Facebook
Follow Us