Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 22 July 2020 17:05

PERBINCANGAN PROGRAM KERJASAMA PROTON - IKTBN/KBS

Written by
Rate this item
(0 votes)
22 JULAI 2020, SHAH ALAM – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) melalui IKTBN Sepang diberi tanggungjawab untuk menghadiri Perbincangan Program Kerjasama PROTON - IKBN/KBS di Proton Shah Alam, Seksyen 26 Shah Alam. Perbincangan berkisar kepada latihan industri, latihan sangkutan industri, SLDN, bootcamp dan MoU. Proton menunjukkan minat terhadap komposit (green product) yang dihasilkan Jabatan Polimer, IKTBN Sepang melalui kajian Tc. Thinakaran a/l Narayanan.
Tc. Thina telah membentangkan produk bagi salah satu komponen kereta Wira yang diperbuat daripada komposit dgn bahan organik yang amat menarik minat wakil daripada Proton. Untuk rekod, pihak proton pernah menyumbangkan sebanyak 11 unit ‘mould’ dan 6 unit ‘die’. Proton juga menyatakan hasrat untuk menyumbang beberapa ‘mould’ bg komponen X70 dan beberapa unit ‘jigs’ dan ‘fixtures’ bagi tujuan pembelajaran.
 
KBS diwakili oleh Pn. Koh Mei Ching, Cik Fitri binti Abu Mansur dan En. Mohd Rizwan bin Abdul Rahim manakala IKTBN Sepang diwakili oleh Pengarah IKTBN Sepang, Pn. Rosnoizam binti Abdul Majid, Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim (KCHI), Tc. Thinakaran a/l Narayanan, Puan Noorul Hidayah binti Yusoff dan Tc. Eddly Suzaili Ayob. IKTBN Chembong pula diwakili oleh En. Shah Rizal bin Ruslan selaku Ketua Jabatan Automotif. Proton diwakili oleh Tn. Hj. Hamizan bin Osman selaku ‘Senior Director’, ‘Group Technical Procurement’, En. Mohamad Nazrel Mansor, ‘Manager Corporate Office’, dan En. Hung Yew Kim, Pn. Aida Murni dan En. Saifuddin dari ‘Vendor Management Program’. Perbincangan diakhiri dengan sesi kudapan dan sesi bergambar sebagai kenangan.
Read 2171 times Last modified on Khamis, 30 July 2020 17:07