Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 27 July 2020 17:08

KURSUS MOBILEGRAFI SIRI 2 ANJURAN IKTBN SEPANG

Written by
Rate this item
(0 votes)
25 JULAI 2020, SEPANG – Kursus ‘Mobilegrafi’ Siri 2 melalui Akaun Amanah telah dijalankan di Jabatan Teknologi Elektronik (JTE) bermula jam 8.00 pagi – 5.00 ptg. Kursus telah dihadiri seramai 14 orang peserta dari sekitar Sepang. 
Peserta telah didedahkan dengan penggunaan ‘Apps’ melalui telefon bimbit bagi mempelajari teknik infografik dalam memantapkan lagi aplikasi bagi tujuan promosi pengiklanan, poster perniagaan dan lain-lain tujuan promosi produk. Respon dari peserta amat positif dan berpuashati dengan pembelajaran yang disampaikan. Pengajar dari JTE yang terlibat, En. Shahrim bin Mohd telah memberikan komitmen yang tinggi dan rata-rata peserta dapat mengaplikasikan ilmu yang telah disampaikan. Kursus ‘Mobilegrafi’ Siri 2 dijalankan hasil daripada sambutan yang memberangsangkan Siri 1 yang telah dijalankan pada 27 Jun 2020.
Read 2201 times Last modified on Khamis, 30 July 2020 17:10