Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 28 July 2020 17:10

MOU IKTBN SEPANG DAN WAFADA TECHNIC & CONSULT SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)
CYBERJAYA, 28 JULAI 2020 – Wafada Technic & Consult Sdn Bhd adalah antara syarikat yang menerajui bekalan dan perkhidmatan penyelenggaraan X-Ray Security telah menyatakan minat untuk menyambung ‘Memo of Understanding’ (MoU) bagi 3 tahun lagi bersama IKTBN Sepang. 
Wafada adalah antara syarikat yang telah lama menjalinkan hubungan dengan IKTBN Sepang melibatkan latihan industry, bootcamp, SLDN Industry4Wrd dan sebagai ‘technical advisor’. Satu pertemuan antara Cawangan Hubungan Industri (CHI) IKTBN Sepang dan Wafada telah diadakan pada hari ini bagi mendapatkan kata putus dan dokumen berkaitan MoU yang telah ditandatangani oleh pihak syarikat. Pihak Wafada diwakili oleh Encik Zulkifle bin Sungip selaku ‘Project Manager (Business Development & Sales) manakala CHI diwakili oleh Ts. Dr. Mohd Aidil Shah bin Abdul Rahim dan Ts. Mohd Amiruddin bin Tajudin.
Read 3316 times Last modified on Khamis, 30 July 2020 17:14