Print this page
Khamis, 09 July 2020 14:18

KURSUS PENULISAN BERITA DAN RENCANA MELALUI MEDIA SOSIAL

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 9 JULAI 2020 – Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP merasakan satu keperluan bagi memberikan pendedahan teknik penulisan berita dan seni fotografi kepada semua ahli Jawatankuasa tersebut bagi menyalurkan maklumat program jabatan dan info terkini kepada masyarakat dan pengguna khususnya kepada belia di laman media sosial.


Seramai 20 Ahli Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP menyertai Kursus Penulisan Berita dan Rencana Melalui Media Sosial yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Portal dan Promosi IKBNSIP bertempat di Makmal Komputer Jabatan Pengajian Umum (JPU) baru-baru ini.

Media sosial adalah salah satu platform yang digunakan terus secara atas talian dengan membolehkan para pengguna dengan mudah untuk menyertai, berkongsi, dan mencipta kandungan meliputi blog, rangkaian sosial, dan forum kepada masyarakat di seluruh dunia.

Menurut Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan, Encik Amir - Kharul bin Daud, kursus ini sangat signifikan memandangkan penyebaran maklumat di media sosial yang begitu pantas dicapai oleh semua pengguna yang mempunyai akaun seperti facebook dan instagram.

“Dengan penganjuran kursus seperti ini setiap ahli Jawatankuasa dapat diberi panduan dan teknik berkaitan penulisan ringkas di media sosial, dan teknik mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Saya berharap dengan pendedahan ini setiap ahli Jawatankuasa akan menggunakan peluang yang ada untuk menyalurkan perkembangan aktiviti yang dijalankan untuk penyiaran berita IKBNSIP melalui media massa dan elektronik untuk dikongsikan kepada  komuniti di luar sana”, jelas Encik Amir-Kharul.

Kursus yang berlangsung selama dua hari ini iaitu 8 hingga 9 Julai 2020 telah disampaikan oleh penceramah Encik Mohd Nabil Majdi bin Arip dan Encik Muhammad Suhail bin Ahmad.

Read 612 times