Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 17 July 2020 16:07

KURSUS PENYENGGARAAN PENCAHAYAAN IR 4.0

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 JULAI 2020 - Revolusi Industri Keempat ini ditandai dengan kemunculan superkomputer, robot pintar, kenderaan tanpa pengemudi, suntingan genetik dan perkembangan neuroteknologi yang memungkinkan manusia untuk lebih mengoptimalkan fungsi otak. Dalam erti lain, kehidupan manusia akan dipermudahkan dengan bantuan robot yang bakal menjadi ”kawan” yang akan menguruskan hal ehwal dan tugasan harian. Dengan menggunakan akronim Revolusi Industri 4.0 ini, segala urusan harian manusia akan dikongsi bersama robot yang dicipta khusus untuk mengoptimumkan keperluan dan keselesaan manusia.


Walaupun teknologi-teknologi ini masih dalam peringkat pengujian di peringkat global, banyak aplikasi yang digunakan telah pun kita nikmati. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Maps yang menyediakan pemandu tentang maklumat laluan serta perjalanan adalah antara bibit-bibit awal kepada pengenalan dunia yang dipanggil Internet of Things (IoT).

Dengan ini, Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik Elektrik (JTKEE) telah mengadakan Kursus Penyenggaraan Pencahayaan Ke Arah IR 4.0 pada 16 Julai 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat. Kursus ini merangkumi penerangan teori dan praktikal pemasangan komponen-kompenan peralatan projek ini disamping penggunaan aplikasi Google Assistant untuk kawal peralatan tersebut. Projek ini dipasang di Bilik Mesyuarat Utama sebagai model projek inovasi pelaksanaan penggunaan sistem IR 4.0.

Turut hadir dalam kursus ini, Tuan Pengarah Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama kakitangan IKBN Seri Iskandar. Pengajar adalah dari kalangan Jabatan itu sendiri iaitu Encik Raja Mudazam Syah Bin Raja Mohd Noor dibantu tenaga pengajar lain iaitu Encik Mohd Faize Bin Masstapar dan Encik Abu Yazid Bin Mustaffa.  

Objektif utama kursus ini adalah untuk pengenalan mengenai corak industri dan keperluan pekerjaan dalam era 4IR.

Read 464 times