PERTANDINGAN TAKBIR HARI RAYA PERINGKAT IKBN KINARUT
KINARUT ; Seramai 74 orang pelajar semester akhir terlibat dalam pertandingan takbir raya sempena Hari Raya Aidiladha yang dianjurkan oleh Hal Ehwal Pelajar yang diadakan di Surau Al-Hidayah, IKBN Kinarut baru-baru ini.
Pertandingan ini diadakan bagi melahirkan anak muda belia-belia Islam yang mahir, lancar serta pandai melaungkan Takbir Hari Raya dimana dapat mewujudkan ikatan mahabbah serta silaturahim sesama pegawai, kakitangan serta pelajar muslim IKBN Kinarut dan memperingatkan semula kepada kisah pengorbanan Nabi Ibrahim Alaihi Salam dan Nabi Ismail Alaihi Salam.
Selain melatih serta memberi pendedahan kepada anak muda khususnya pelajar IKBN Kinarut mempelajari cara bacaan betul takbir termasuk tahmid sempurna dalam mendendangkan takbir raya serta menghayat lagu-lagu takbir Hari Raya dengan lebih baik.
Pertandingan ini juga merupakan satu latihan pembiasaan agar semua jawatankuasa, jemaah dan belia-belia masjid mahir dalam pembawaan lagu-lagu takbir Hari Raya dengan lebih baik pada masa akan datang dan sekali gus mereka akan mengetahui kesilapan-kesilapan dalam pembawaan lagu-lagu takbir Hari Raya.