Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 07 August 2020 15:00

LAWATAN PENANDA ARAS PELAKSANAAN PROGRAM KEMAHIRAN FAUNDRI

Written by
Rate this item
(1 Vote)

22 Julai 2020, Lumut- Fakulti Teknologi Mekanikal telah menganjurkan satu lawatan penanda aras ke Institut Kemahiran MARA(IKM) Lumut, Perak bagi pelaksanaan program kemahiran bidang faundri. IKM Lumut merupakan institut yang menawarkan latihan kemahiran berasaskan teori dan amali dalam bidang teknologi foundri menjadi tempat rujukan bagi IKTBN Temerloh yang mana ingin menawarkan program baharu di bawah Persijila Kemahiran Malaysia(SKM) yang berkaitan di institut ini.

Lawatan ini yang telah diketuai oleh Timbalan Pengarah (Latihan) En. Saiful Bahari bin Abd. Hamid telah disambut oleh mesra oleh Timbalan Pengarah Hal Ehwal Akademik IKM Lumut iaitu  Ts. Muhamad Saidi bin Mat Ali. Lawatan ini telah dimulakan dengan taklimat ringkas dan perbincangan berkaitan pelaksanaan latihan teori dan amali serta diteruskan dengan lawatan ke bengkel berkaitan bagi melihat secara lanjut dan terperinci berkaitan pelaksanaan program kemahiran bagi bidang faundri.

Semoga dengan lawatan ini, pegawai IKTBN Temerloh mendapat gambaran berkaitan pelaksanaan latiahn TVET dalam bidang Faundri bagi pelaksanaan Persijilan Kemahiran Malaysia(SKM). Diharapkan kerjasama diantara insititut dapat diteruskan lagi bagi memperkasakan bidang latihan TVET Faundri di Malaysia ini.

Read 350 times