Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 07 August 2020 15:39

INFAK SURAU AS-SYAKIRIN IKTBN SEPANG MELALUI APLIKASI TOUCH n GO eWALLET

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 7 OGOS 2020 - Infak untuk kegunaan Surau As-Syakirin IKTBN Sepang kini boleh dibuat melalui aplikasi Touch `n Go eWallet. Pengarah IKTBN Sepang, Puan Rosnoizam binti Abd Majid turut mencuba infak melalui applikasi Touch `n Go eWallet sambil disaksikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Latihan selaku Pengerusi Jawatankuasa Surau As-Syakirin, Ts. Hairul Riduan bin Abdullah, Ustaz Mohd Feardaus bin Mohd Noor dan Ketua-ketua Jabatan serta Cawangan IKTBN Sepang.
 
Derma tersebut akan terus dikreditkan ke akaun Surau As-Syakirin (Bank Islam, No. Akaun: 05058010022282). Kaedah ini membolehkan para khariah Surau membuat sumbangan tanpa sentuhan fizikal dan seterusnya dapat mengurangkan risiko wabak COVID-19. Di samping itu juga, ianya juga sebagai satu langkah IKTBN Sepang terhadap Dasar Negara mengenai Industri 4.0: Industry4WRD dengan menggunakan konsep cyber-physical systems di dalam urusan kewangan.
Read 1349 times Last modified on Jumaat, 07 August 2020 15:46