Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 07 August 2020 12:00

BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WIM) BIDANG RANGKAIAN KOMPUTER DAN ELEKTRIK (PW & SKM) SIRI 1 TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(1 Vote)

LUMUT, 7 OGOS 2020 – Bermula daripada 3 Ogos sehingga 6 Ogos 2020 IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Bagi Bidang Rangkaian Komputer dan Elektrik (PW & SKM) Siri 1 Tahun 2020 bertempat di The Orient Star Resort Lumut, Perak.


Bengkel kali ini melibatkan pembangunan struktur kurikulum bersama pembangunan WIM bagi penggunaan NOSS baharu bidang Elektrik iaitu Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Satu Fasa (F432-005-2:2019) serta Pemasangan dan Penyelenggaraan Elektrik Tiga Fasa (F432-005-3:2019). Manakala pembangunan struktur kurikulum bersama pembangunan WIM bagi bidang IT pula melibatkan jurusan Teknologi Rangkaian Komputer (IT-030-03: 2013).

Bengkel ini telah melibatkan 6 buah ILKBS iaitu IKBN Seri Iskandar, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Alor Gajah, IKBN Kinarut dan IKBN Wakaf Tapai. Kaedah pembangunan adalah berdasarkan format KBS dan juga JPK yang terkini. Selain daripada kehadiran wakil-wakil daripada setiap ILKBS yang terlibat, bengkel ini juga telah diterajui oleh fasilitator yang berpengalaman iaitu En. Zarol Amin bin Zali daripada IKBN Peretak dan turut bersama-sama adalah wakil daripada BPKB, KBS iaitu  En. Mohamed Syahrani b. Mat Nor. Pihak urus setia bengkel dan semua peserta bengkel berasa amat berbesar hati atas lawatan tuan pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md. Isa bin Ibrahim ke bengkel tersebut pada 5 Ogos 2020 yang lalu.

Diharapkan dengan selesainya bengkel pembangunan WIM siri 1 ini, peserta-peserta bengkel dapat meneruskan dan membangunan WIM dalam bengkel siri 2 dan siri 3 yang akan diadakan pada masa akan datang dengan jayanya.

 

Disediakan oleh:

Atikah binti Ab Rahman

Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti

Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak

Read 436 times