Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 10 August 2020 12:03

KURSUS STAR@U “MY FIRST ROBOT”

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR , 10 OGOS 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan  Kursus STAR@U yang bertajuk My First Robot kepada orang awam secara percuma.Kursus yang dikendalikan di bahagian Jabatan Teknologi Elektrik dan Elektronik ini telah dikelolakan oleh dua orang pengajar di bahagian Elektronik Industri iaitu Puan Zamzarina Bt Osman dan En.Mohmad Khairi B Abdul Rahman.Kursus ini bertempat di Makmal Komputer Jabatan Pengajian Umum IKBNSI.


Seramai 10 orang peserta telah menyertai kursus tersebut.Antara kriteria pesertayang boleh menyertai kursus tersebut mestilah warganegara Malaysia,tiada kelulusan SPM,berumur antara 15-30 tahun dan tidak berkerjaya.kursus yang berlangsung selama 3 hari itu mendapat sambutan dari para peserta dan peserta dapat menyiapkan serta mengoperasikan robot yang mereka pelajari di dalam kursus ini.Pertandingan perlawanan robot juga diadakan dan hadiah disediakan kepada pemenang.

Kursus ini juga dapat menarik minat yang mendalam kepada peserta berkaitan bidang robotic.Di akhir kursus ini para peserta diberikan Sijil Modular kerana telah menyertai kursus tersebut.

 

Disediakan oleh:

Siti Azira Binti Shamsudin

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik

IKBN Seri Iskandar

Read 446 times