Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 05 August 2020 16:00

LAWATAN PEMERIKSAAN AUDIT DARI SURUHANJAYA TENAGA, PUTRAJAYA

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR , 5 OGOS 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menerima lawatan dari Suruhanjaya Tenaga, Putrajaya bagi tujuan pemeriksaan audit Bengkel Elektrik dalam keadaan baik dan mematuhi terhadap semua serta peraturan berkaitan pengurusan tenaga elektrik yang cekap. Pemeriksaan ini telah diadakan pada 4 Ogos 2020 jam 9.00 pagi bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Pegawai dari Suruhanjaya Tenaga seramai 2(dua) orang iaitu Puan Azlina Binti Hassan dan Encik Mohamad Qhairil Bin Safie.


Sesi mesyuarat telah diadakan di mana Tuan Pengarah Encik Md. Isa Bin Ibrahim bersama Encik Amir-Khairul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan dan para pegawai dari Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektrik hadir dalam sesi tersebut. Pemeriksaan merangkumi dokumentasi dan fasiliti bengkel elektrik.

Sesi pembentangan telah diadakan bagi penemuan pemeriksaan tersebut oleh Puan Azlina Binti Hassan dan sesi bergambar di lobi pentadbiran.

 

Disediakan oleh:

Jabatan Teknologi Kejuruteraan Elektronik

IKBN Seri Iskandar

Read 534 times