Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 14 August 2020 08:17

KURSUS PENGURUSAN KESELAMATAN DAN PELINDUNGAN DOKUMEN

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

13 Ogos 2020- Bahagian Pentadbiran & Kewangan IKTBN Temerloh telah menganjurkan kursus Pengurusan Keselamatan dan Pelindungan Dokumen di Auditorium, IKTBN Temerloh. Peserta yang terdiri daripada kakitangan IKTBN Temerloh telah diberi pendedahan asas terhadap pengurusan dan pengendalian keselamatan yang berkaitan dengan dokumen rasmi kerajaan.

Penceramah yang dijemput merupakan pegawai daripada Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan (CGSO) Negeri Pahang iaitu En. Azali bin Bachok selaku Pengarah Negeri dan En. Wan Mohd Fairulhisham bin Wan Mohd Fauzee, Penolong Pegawai Keselamatan. Objektif utama kursus ini adalah untuk memberi kefahaman dalam pematuhan dan pelaksanaan Akta/Arahan Keselamatan Perlindungan serta memberi kefahaman dan kesedaran kepada kakitangan institut sebagai kakitangan kerajaan dalam melaksanakan pengurusan keselamatan perlindungan di jabatan kerajaan amnya dan khususnya di institut ini dengan betul dan mengikuti garispanduan yang telah ditetapkan.

Semoga dengan pencerahan serta penjelasan daripada kursus ini, peserta dapat mengamalkan dan melaksanakan tanggungjawab berkaitan mengikut garispanduan yang telah ditetapkan.

Read 326 times