Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 14 August 2020 15:02

PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN VOKASIONAL SECARA MODULAR KERJASAMA IKTBN SEPANG DAN CCVC SEPANG

Written by
Rate this item
(1 Vote)
Program Latihan Kemahiran Vokasional Secara Modular kerjasama antara KBS, IKTBN SEPANG dan CCVC Sepang bagi bidang kemahiran kimpalan tahun 2020. Program bidang kemahiran kimpalan di CCVC diteruskan lagi pada tahun 2020 sejak diperkenalkan secara rasmi pada 2017.
 
Program ini telah disertai oleh 9 orang peserta yang terdiri dari pelatih CCVC sendiri. Pengajar yang ditugaskan untuk melaksana program kursus kimpalan adalah dari Jabatan Mekanikal Senggaraan, IKTBN Sepang iaitu En. Mohd Hezir bin Mohd Amin.
 
Manakala tempat perlaksanaan teori dan amali adalah di Bengkel Kimpalan CCVC Sepang. Jadual kursus adalah dari 8pg hingga 5ptg pada hari rabu minggu pertama dan ketiga setiap bulan yang telah bermula dari Mac 2020 dan akan berakhir pada hujung bulan Ogos 2020.
 
Program ini terpaksa ditangguhkan pada 15 Mac 2020 disebabkan arahan PKP berkaitan penularan Covid 19 sehinggalah mendapat kebenaran disambung semula pada 4 Ogos 2020.
Semoga kerjasama ini dapat memberi manfaat dan peningkatan kemahiran kepada pelatih CCVC yang terlibat.
 
Read 2137 times Last modified on Jumaat, 14 August 2020 15:11