Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 14 August 2020 15:11

LAWATAN PENANDA ARAS DAN PERKONGSIAN ILMU HEP IKTBN KE PUSAT ALUMNI UPM

Written by
Rate this item
(0 votes)
SERDANG, 12 OGOS 2020 - Satu lawatan penanda aras dan perkongsian ilmu telah dijalankan oleh HEP IKTBN Sepang ke Pusat Alumni UPM. Melalui lawatan ini, HEP IKTBN Sepang membawa hasrat untuk belajar mengenai pengurusan alumni dan perlaksanaan program Pusat Alumni UPM khusus kepada semua Alumni UPM.
 
 
 
Adalah menjadi hasrat HEP IKTBN Sepang untuk membantu institut ini menyediakan modal insan yang cemerlang, aspek pengurusan alumni dilihat menjadi satu keperluan yang penting. Melalui pengurusan alumni, institut akan mengorak langkah dalam usaha menjalinkan hubungan berterusan antara Alma Mater dan alumni.
 
Selain itu, institut ini melihat kepentingan alumni dalam membantu menyediakan graduan berdaya saing sebagai motivasi kepada pelajar semasa. Melalui lawatan ini, Pusat Alumni UPM telah memberikan maklumat jelas kepada HEP IKTBN Sepang untuk terus berusaha menjejak dan mengekalkan hubungan antara alumni dan institut.
 
Selain itu, program-program bersama alumni juga penting sebagai satu modus operandi pembangunan kendiri para pelajar. HEP IKTBN Sepang mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Alumni UPM diatas kesudian menerima lawatan ini dan memberikan maklumat jelas untuk HEP IKTBN Sepang terus berusaha menguruskan program alumni institut. Semoga jalinan ini dapat diteruskan dimasa hadapan.
 
Read 2232 times Last modified on Jumaat, 14 August 2020 15:15