Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 21 August 2020 11:20

MESYUARAT PENYELARASAN, PERANCANGAN DAN HALATUJU PROGRAM LATIHAN KEMAHIRAN DI INSTITUT KEMAHIRAN TINGGI BELIA NEGARA TEMERLOH

Written by
Rate this item
(1 Vote)

19 Ogos 2020 – Mesyuarat Penyelarasan, Perancangan dan Halatuju Program Latihan Kemahiran di Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Temerloh telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Temerloh.

Mesyuarat dipengerusikan oleh Tuan Pengarah IKTBN Temerloh, Dr. Mohd Yusoff Bin Abu Bakar dan dihadiri oleh Puan Siti Hasmah Binti Mustapha, Pengarah Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan, Encik Churemi Bin Sairi dan Encik Mohd Yusfarizal Bin Che Mohd Yusoff, Penolong Pengarah Kanan Cawangan Teknikal dan Kualiti Latihan, Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia, Kementerian Belia dan Sukan serta pegawai-pegawai IKTBN Temerloh yang terdiri daripada Timbalan Pengarah (Latihan), Ketua Jabatan, Ketua Cawangan, Ketua Unit serta Ketua Jurusan.

Ketua Cawangan Penyelarasan dan Kawalan Kualiti (KCPKK), IKTBN Temerloh telah membentangkan status pelaksanaan latihan di IKTBN Temerloh merangkumi status semasa program latihan di bawah akreditasi Malaysian Qualification Agency (MQA) serta di bawah pentauliahan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) serta status semasa pelaksanaan gerak kerja pentauliahan program Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) baharu bagi menggantikan program Teknologi Kejuruteraan (MQA) yang telah dijumudkan.

Mesyuarat juga membincangkan halatuju program latihan di bawah akreditasi MQA termasuk persediaan menghadapi Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program serta pertukaran program akademik kepada program berdasarkan Code of Practise for TVET Programme Accreditation (COPTPA). Turut dibincangkan adalah status perpindahan peralatan bidang pembungkusan ke IKBN Naka serta perpindahan kursus Sukan Permotoran 4 Roda ke IKBN Kuala Langat.

Semoga semua perkara yang telah dibincangkan dan dipersetujui dapat membantu pihak IKTBN Temerloh menetapkan halatuju dan seterusnya merancang pelaksanaan program-program latihan TVET di IKTBN Temerloh supaya selari dengan dasar yang ditetapkan oleh pihak Kementerian Belia dan Sukan.

Read 274 times