LAWATAN KHAS TEAM PERIKANAN IKBN KINARUT KE PEJABAT KORPORASI KEMAJUAN PERIKANAN DAN NELAYAN SABAH
TUARAN ; Pasukan rintis Projek Perikanan IKBN Kinarut telah berkunjung ke Pejabat Korporasi Kemajuan Perikanan Dan Nelayan Negeri Sabah (Ko-Nelayan) pada Khamis bagi mendapatkan maklumat berkaitan dengan penggunaan teknologi berasaskan Internet of Things (IoTs) yang digunakan dalam bidang akuakultur di Sabah.
Selain itu, lawatan ini bertujuan untuk melihat sejauh mana bidang perikanan ini mampu menyediakan peluang kerjaya atau keusahawanan kepada belia-belia bagi menyokong hasrat kerajaan untuk memperkasakan industri perikanan terutamanya di Negeri Sabah.
Lawatan ini juga dilaksanakan bagi melihat potensi dan ruang kerjasama yang boleh dilaksanakan di antara IKBN Kinarut dan pihak Ko-Nelayan terutamanya dalam meningkatkan penggunaan teknologi bagi mengukuhkan industri perikanan sedia ada di Sabah.
Selain itu, Pihak Ko- Nelayan turut menyuarakan minat untuk menghantar pegawai dan kakitangan menyertai kursus separuh masa dalam mengukuhkan lagi kemahiran mereka bidang teknikal seperti elektrik dan aircond.
Lawatan ini diketuai oleh Puan Zuarini Binti Jumai, Pengarah IKBN Kinarut bersama 8 orang pegawai IKBN. Turut bersama dalam sesi tersebut adalah Puan Cabrini Chia, Timbalan Pengurus Besar, pegawai dan kakitangan Ko-Nelayan, Sabah.