Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 02 September 2020 18:43

PROGRAM BOOTCAMP PENYAMAN UDARA

Written by
Rate this item
(0 votes)

IKBN Naka - Seramai 10 orang peserta telah mendaftar diri bagi mennyertai program Bootcamp Penyaman Udara Tahun 2020 IKBN Naka. Program Bootcamp Penyaman Udara ini adalah kerjasama antara IKBN Naka dengan syarikat Teras Megamaju Sdn Bhd yang menjalankan perniagaan pemasangan dan penyelenggaraan penyaman udara. Tujuan pelaksanaan program ini adalah untuk menyediakan  modal  insan  berkemahiran sama  ada  sebagai  pekerja  mahir  atau  separa  mahir mengikut  keperluan  industri  negara  melalui  kaedah pelaksanaan  latihan  yang  lebih  intensif  yang  dijalankan dalam  tempoh  yang  lebih  singkat  iaitu  3  bulan  dengan jaminan pekerjaan pada akhir program.

Semasa sesi latihan dijalankan, peserta program akan mengikuti modul-modul latihan kemahiran khusus yang diperlukan oleh skop pekerjaan yang diperlukan oleh syarikat kerjasama. Antara kadungan latihan yang dijalankan adalah latihan pemasangan dan penyelenggaraan penyaman udara domestic dan komersial, kursus Certified Service Technician Programme, Niosh Tenaga Safety Passport, Kursus Kad Hijau CIDB yang merupakan elemen penting yang peserta perlu ada sebelum masuk ke alam pekerjaan.

Program yang berlangsung selama 3 bulan ini dijangka akan tamat pada 3 November 2020.

 

 

 

 

 

 

 

 

Read 458 times