Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 03 September 2020 17:30

PROGRAM PROMOSI "IKTBN CHEMBONG INOVATIF PENCETUS TRANSFORMASI INDUSTRI” DAN PENGHAYATAN KEMERDEKAAN NEGARA KALI KE 63

Written by
Rate this item
(0 votes)

REMBAU, 29 Ogos 2020 (Sabtu) - Bertemakan "IKTBN Chembong Inovatif Pencetus Transformasi Industridan harapan merealisasikan kouta kemasukan ke Institut ini bagi tahun 2021, Program Promosi Kemasukan ke IKTBN Chembong dan Penghayatan Kemerdekaan Negara Ke - 63 bersama komuniti Kampung Tanjung Senama Hilir, Rembau telah diadakan pada 29 Ogos 2020. Program telah diadakan dengan jayanya di Balai Raya Kampung Tanjung Senama Hilir. Pematuhan standard operating procedures (SOP) keselamatan dan penjarakan sosial yang telah ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara, Kementerian Kesihatan dan Kementerian Belia dan Sukan Malaysia di patuhi sepanjang program tersebut diadakan.

          Objektif utama Program Promosi Kemasukan IKTBN Chembong ini adalah melahirkan belia berkemahiran yang cemerlang, berdaya saing, kreatif dan Inovatif selaras keperluan semasa industri. Selain itu, program ini dapat mempekenalkan kepada  belia-belia dan komuniti tempatan berkaitan peluang kemahiran dalam bidang Teknologi Kejuruteraan Automotif dan Awam yang ditawarkan oleh IKTBN Chembong. Di samping itu juga, ianya bertujuan untuk mengeratkan silaturrahim dan dapat bergaul mesra dengan pemimpin setempat dan dapat melihat usaha kerajaan yang boleh dinikmati masyarakat seterusnya menjalinkan hubungan strategik antara IKTBN dengan masyarakat. Program ini juga seterusnya membangkitkan penghayatan erti kemerdekaan negara dengan sambutan kemerdekaan bersama komuniti yang diadakan.

         Antara pengisian program yang dijalankan adalah taklimat kemasukan ke IKTBN Chembong bagi hebahan kemasukan Sesi 1/2021 akan datang, dialog bersama komunti, kuiz berkaitan IKTBN Chembong dan kemerdekaan serta cabutan bertuah. Majlis yang penuh bermakna ini telah dirasmikan oleh Hajah Suriani binti Hasan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan IKTBN Chembong. Kerjasama yang baik telah diberikan oleh Mejar (B) Samsuddin bin Ibrahim, Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung dan komunti Kampung Tanjung Senama Hilir, Rembau.

          Justeru, diharap program ini terus diadakan pada masa akan datang demi membina keakraban, mengeratkan silaturrahim dikalangan warga IKTBN Chembong bersama komuniti seterusnya membina semangat positif yang dapat membentuk warga yang bukan sahaja produktif tetapi seimbangan dari aspek Jasmani, emosi, rohani dan Intelektual serta pemangkin kecemerlangan Institut.

 

 

 

Read 465 times