Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 24 August 2016 20:45

LAWATAN PENANDAARASAN EKSA DARI IKTBN PAGOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 18 OGOS 2016 - Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak telah menerima lawatan penandaarasan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dari Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara Pagoh pada 18 Ogos 2016 bertempat di Bilik Mesyuarat Utama. Lawatan penandarasan ini diketuai oleh Mohd Yusoff Bin Gundei bersama 5 kakitangan dan turut hadir sama En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah, Bahagian Pengurusan Latihan bersama semua jawatankuasa Induk EKSA.

Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan projek-projek inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh menara 5S, pasu dari tayar kereta dan beberapa projek inovasi lain.

Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegsi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak.

Read 6590 times
 
Find us on Facebook
Follow Us