Majlis diteruskan dengan sesi taklimat pengenalan dan pelaksanaan EKSA yang disampaikan oleh En. Raja Muadzam Syah Bin Mohd Noor di bawah Jawatankuasa Latihan. Tujuan utama lawatan ini adalah untuk meninjau dan berkongsi idea mengenai pelaksanaan amalan EKSA di sini serta maklumat mengenai EKSA yang bakal diperolehi hasil dari lawatan tersebut terutama berkaitan dengan projek-projek inovasi yang dibangunkan digunapakai sebagai contoh menara 5S, pasu dari tayar kereta dan beberapa projek inovasi lain.
Di akhir program ini, para delegasi ini telah di bawa melawat sekitar bahagian dan unit bagi melihat serta suasana sebenar pelaksanaan amalan EKSA di sini. Diharapkan dengan lawatan ini dapat sedikit sebanyak para delegsi menimba pengalaman dan pengetahuan dalam usaha pelaksanaan EKSA di pejabat mereka kelak.