Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE IKTBN DUSUN TUA

SELAMAT DATANG PELAJAR BARU KE IKTBN DUSUN TUA

Sesi pengambilan pelajar baru sesi 2/2020 tertangguh akibat pandemic Covid 19 khususnya di Negeri Selangor kerana dalam arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). IKTBN Dusun Tua berbesar hati menerima kedatangan pelajar baru pada hari ini dengan SOP yang telah ditetapkan. Pendaftaran telah dilaksanakan dengan lancar dan selamat datang diucapkan kepada semua pelajar atas kesabaran dan akhirnya telah mendaftar untuk memulakan kehidupan baru di IKTBN Dusun Tua.

Sesi pendaftaran pada hari ini dimulakan dengan Pendaftaran Asrama. Proses berjalan dengan lancar mengikut SOP MKN & KKM. Pemeriksaan suhu dan daftar masuk aplikasi MySejahtera dilaksanakan ke atas semua pelajar dan ibubapa/penjaga semasa di Pintu Masuk Utama Institut. Kenderaan Ibu bapa / penjaga hanya dibenarkan drop off pelajar di Blok C Asrama dengan dibantu oleh MPP. Pelajar-pelajar telah dipecahkan kepada 2 kumpulan yang mana sesi pendafttaran dibuat secara bergilir bagi mematuhi SOP yang dikeluarkan oleh MKN. Semua pegawai dari IKTBN Dusun Tua dan ibu bapa telah memberikan kerjasama sepenunhnya bagi membolehkan sesi pendaftaran berjalan lancar.

Semoga tahun 2021 membawa kejayaan yang lebih cemerlang.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Read 1516 times Last modified on Isnin, 22 March 2021 08:49