Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 13 September 2020 16:50

KURSUS PENINGKATAN KEMAHIRAN TENAGA PENGAJAR BIDANG TEKNOLOGI PERCETAKAN DIGITAL

Written by
Rate this item
(0 votes)

 

17 – 28 OGOS 2020 – Fakulti Tknologi Kejuruteraan MEkanikal telah menganjurkan satu program kursus peningkatan kemahiran tenaga pengajar bidang teknologi percetakan digital bagi kod NOSS PR-020-2:2014 (Digital Printing Production) dan PR-020-3:2014 (Digital Printing Production & Supervision) telah diadakan pada 17 hingga 28 Ogos 2020 bertempat di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Arumugam Pillai, Nibong Tebal, Pulau Pinang. Seramai 7 orang pegawai IKTBN Temerloh yang terdiri daripada barisan tenaga pengajar dari Jurusan Percetakan Digital telah menyertai kursus ini.

Antara objektif program kursus peningkatan kemahiran tenaga pengajar bidang teknologi percetakan digital ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada pegawai mengenai proses pelaksanaan program Sijil Kemahiran Malaysia berkaitan bidang teknologi percetakan digital. Antara isi kandungan yang dipelajari sepanjang kursus ini berlangsung adalah seperti rekabentuk grafik yang melibatkan penggunaan perisian Adobe Illustrator, penggunaan peralatan yang melibatkan pengurusan Color Management Digital Printing, penggunaan mesin percetakan digital dan lain-lain lagi. Ini juga adalah selari dengan hala tujuan baharu IKTBN Temerloh untuk mewujudkan satu program baharu di bawah Persijilan Kemahiran Malaysia(PSKM) bagi menambahbaik latihan TVET di IKTBN Temerloh pada masa akan datang.

Melalui program kursus peningkatan kemahiran tenaga pengajar ini, diharapkan pegawai yang terlibat dapat mengambil inisiatif yang sewajarnya bagi pembangunan personel pegawai selari dengan pembangunan kursus baharu di IKTBN Temerloh.

Read 262 times