Kelab Golf Kota Permai Shah Alam Selangor-Sabtu - 12 September : Golf Jemputan Piala YDP MAKSAK Malaysia yang dianjurkan oleh MAKSAK Malaysia pada 12 September 2020 dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan. Kejohanan ini dihoskan oleh YBhg. Tan Sri KSN selaku YDP MAKSAK Malaysia dan disertai oleh Ahli-ahli Jawatankuasa MAKSAK, Ketua-ketua Setiausaha Kementerian, Setiausaha-setiausaha Kerajaan Negeri dan Ketua-ketua Agensi dan Jabatan. AKBG telah dilantik sebagai jawatankuasa teknikal dan pertandingan sempena Kejohanan ini.