Taman Beringin Kuala Lumpur - Sabtu - 5 September 2020 : Program Impak AKBG@Komuniti Taman Beringin Parlimen Batu Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Beringin Jinjang Utara Kuala Lumpur merupakan sebuah program bertujuan memberi sumbangan balik tenaga kepakaran khidmat komuniti kesukarelaan Pelajar AKBG kepada masyarakat dan komuniti khususnya dalam menjalankan aktiviti mengecat serta membaik pulih, pembersihan kawasan dan menyelenggara kemudahan awam Dewan dan Surau Penduduk Taman Beringin Kuala Lumpur. Usaha melaksanakan Program Impak AKBG bersama Persatuan Penduduk Taman Beringin ini ialah salah satu inisiatif AKBG untuk menjalinkan kerjasama strategik bersama komuniti bagi mempromosikan AKBG kepada penduduk setempat untuk menyambung pengajian di AKBG. Pelajar AKBG seramai 18 orang telah terlibat bersama pegawai AKBG dalam menjalankan akvititi mengecat dewan dan surau untuk penggunakan penduduk. Program Impak AKBG@Komuniti Taman Beringin Parlimen Batu Kuala Lumpur dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Beringin Jinjang Utara Kuala Lumpur telah disempurnakan oleh YBrs. En. Mohd Hazan Bin Haji Dahari Pengarah Akademi Kemahiran Belia Golf Kementerian Belia dan Sukan.