Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 11:19

LAWATAN PENANDA ARAS TEKNOLOGI FOUNDRI KE INSTITUT LATIHAN PERINDUSTRIAN IPOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

3 September 2020 : Fakulti Teknologi Kejuruteraan Mekanikal telah menganjurkan satu lawatan Penanda Aras bagi kursus Teknologi Faundri ke Institut Latihan Perindustrian Ipoh, Perak. Lawatan ini adalah bertujuan bagi membantu pihak Jurusan Teknologi Foundri untuk mendapatkan sedikit sebanyak maklumat berkaitan pelaksanaan Program Faundri bagi tahap 2 & 3 berdasarkan keperluan Persijilan Kemahiran Malaysia (PSKM). Program tersebut yang telah dirancang dan dijangka pelaksanaan di IKTBN Temerloh pada tahun 2022. Program baharu ini adalah bagi menggantikan program Teknologi Kejuruteraan yang mana sebelum ini adalah di bawah akreditasi MQA.

Deligasi lawatan ini terdiri daripada pegawai jurusan tersebut seramai 10 orang dan diketuai oleh En. Saiful Bahari b. Abd. Hamid, Timbalan Pengarah (Latihan) IKTBN Temerloh. Lawatan tersebut disambut oleh En Zamri Husin iaitu Ketua Jabatan Mekanikal (Pengeluaran) dan Pn. Nurzatil Aqma M. Jalaluddin selaku Ketua Bahagian Teknologi Faundri. Pengisian sesi lawatan adalah terdiri daripada sesi perbincangan dan peluang bekerjasama di antara dua institut dan juga lawatan ke bengkel latihan bagi melihat pelaksanaan latihan Pengeluaran Faundri berdasarkan keperluan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Semoga dengan lawatan ini, akan ada beberapa siri lagi aktiviti berkaitan bagi membantu pembangunan kurikulum dan program Pengeluaran Faundri di IKTBN Temerloh.

Read 213 times