Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 11:37

BENGKEL PERLINDUNGAN HARTA INTELEK ILKBS 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

1-2 September 2020. Jawatankuasa Inovasi IKTBN Temerloh telah menghantar 3 pengawai bagi menyertai Bengkel Perlindungan Harta Intelek ILKBS 2020 anjuran  Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar, Perak. Wakil peserta yang diketuai oleh Penyelaras Jawatankuasa Inovasi Tn. Syed Azman b Tuan Temerang telah menyertai bengkel ini bagi mendapatkan pendedahan berkaitan penyediaan dan penulisan dokumen spesifikasi patent bagi produk baharu hasil warga IKTBN Temerloh.

Sebelum pelaksanaan bengkel ini, IKTBN Temerloh di bawah gerak kerja Jawatankuasa Inovasi pernah membuat patent bagi 2 produk inovasi dan dengan adanya penyertaan ini dapat memberikan ilmu tambahan kepada ahli jawatankuasa terlibat untuk menambahbaik lagi keperluan sedia ada. Selain itu, hasil daripada bengkel ini juga pihak IKTBN Temerloh telah berjaya melengkapkan dokumentasi dan membuat pendaftaran patent bagi 6 produk baharu dan 3 projek inovasi juga telah didaftarkan sebagai Cap Dagangan (trademark) dalam bengkel tersebut.

Semoga denga inisiatif institut ini dapat memberi galakkan kepada warga IKTBN Temerloh khasnya pelajar untuk menghasilkan lagi lebih banyak produk inovasi melalui latihan TVET yang telah mereka perolehi selama di IKTBN Temerloh.

Read 200 times