Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 11:55

BENGKEL PEMBANGUNAN DOKUMEN PENILAIAN PEMATUHAN AKREDITASI PENUH PROGRAM (MQA-04) BAGI PROGRAM TEKNOLOGI KEJURUTERAAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

3-4 September 2020: Satu Bengkel Penyelarasan Pembangunan Dokumen Penilaian Pematuhan Akreditasi Penuh Program (MQA-04) Bagi Program Teknologi Kejuruteraan telah diadakan di Perpustakaan IKTBN Temerloh. Bengkel tersebut merupakan anjuran Cawangan Penyelarasan Kawalan & Kualiti (CPKK) bertujuan bagi menyemak dan membangunkan dokumen pematuhan bagi 4 program Teknologi Kejuruteraan Automotif yang mana telah diakreditasi oleh MQA. PEserta dibimbing dan dibantu membangunkan dokumen berdasarkan senarai semak dokumen MQA04 dan dokumen penilaian akreditasi penuh yang ditetapkan oleh MQA.

Bengkel ini telah dibantu dan dibimbing oleh Ts. Dr. Abd Fathul Hakim Bin Zulkifli yang merupakan pensyarah daripada  Jabatan Teknologi Kejuruteraan Mekanikal, Fakulti Teknologi Kejuruteraan,Universiti Tun Hussein Onn, Johor. Melalui  pengalaman dan bimbingan beliau, peserta bengkel yang  terdiri daripada jurusan, fakulti dan cawanagn berkaitan telah dibantu bagi pengisian dokumen berkaitan. IKTBN Temerloh merupakan satu-satunya institut di bawah Institut Latihan Kementerian Belia dan Sukan yang melaksanakan secara penuh program di bawah akreditasi MQA.

Semoga dengan bengkel ini, pihak IKTBN Temerloh dapat membuat persediaan awal bagi proses audit pematuhan yang akan dilaksanakan pada 2021. Selain itu, bengkel ini juga telah mengenalpasti beberapa aktiviti Penambahbaikan (CQI) bagi program berkaitan dan perlu dirancang dan dilaksanakan oleh pihak pengurusan bagi memastikan kualiti pelaksanaan latihan TVET di institut ini kekal baik.

Read 216 times