Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 11:56

MAJLIS PENUTUP PROGRAM BOOTCAMP IKTBN TEMERLOH 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

4 September 2020: Cawangan Kerjasama Startegik dan Kaunseling Kerjaya(CKSKK) IKTBN Temerloh telah menganjurkan Majlis Penutup bagi Program Bootcamp 2020-Learn & Earn bagi Bidang Automotif. Program bootcamp ini, merupakan satu kursus jangka pendek yang fokus kepada bidang automotif penyelenggaraan dengan kerjasama pihak industri telah berlangsung bermula dari 6 Julai sehingga 4 September 2020. Seramai 10 orang peserta telah dilatih melalui program ini yang mana IKTBN Temerloh bekerjasama dengan syarikat AR MAN Autocare Sdn. Bhd.

Selama tempoh latihan tersebut, peserta telah melalui pelbagai fasa iaitu sesi temuduga,sesi Teambuilding, latihan teori di IKTBN Temerloh dan latihan praktikal yang diadaan di industri. Output daripada program ini, 5 orang peserta telah diserap terus sebagai pekerja di syarikat tersebut dan 4 orang lagi di dalam pemerhatian syarikat. Manakala seorang peserta telah berminat untuk melanjutkan pembelajaran di IKTBN Temerloh. Tahniah diucapkan kepada peserta yang telah berjaya.

Diharapkan dengan program seperti ini, dapat dilaksanakan dengan skala yang besar kerana ia terbukti dapat membantu belia untuk mendapatkan latihan teknikal serta sekaligus pekerjaan dalam masa yang singkat. Ia juga membantu meningkatkan lagi peluang kemahiran golongan belia di Malaysia melalui bidang TVET.

Read 207 times