Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 12:12

PROGRAM PENJELAJAHAN LASAK TAHAP EMAS ANUGERAH REMAJA PERDANA RAKAN MUDA IKTBN TEMERLOH

Written by
Rate this item
(0 votes)

10 September 2020 – Unit Kokurikulum & Sahsiah, Cawangan Pengurusan Pelajar Bahagian Hal Ehwal Pelajar  telah menganjurkan satu program aktivti lasak kepada  11 orang peserta Tahap Emas Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda IKTBN Temerloh. Program tersebut merupakan program penjelajahan lasak yang diadakan selama 5 hari dan 4 malam bermula pada 6 September 2020 dan berakhir pada 10 September 2020. Program tersebut diadakan di Tasik Kenyir, Terengganu.

Diantara aktiviti yang dijalankan adalah kraf perkhemahan, water confident di air Terjun Lasir, ekspedisi ke Pusat Santuari Kelah, eksplorasi ke Taman Negara Kenyir, mendaki dan meneroka Gua Bewah, Orienteering, Kembara Malam dan Survival. Semasa eksplorasi ke Taman Negara Kenyir, peserta telah berpeluang untuk melihat pokok Melunak yang merupakan pokok terbesar di Tasik Kenyir,

Peserta juga amat bertuah kerana mendapat ilmu berkaitan kepimpinan dan jati diri daripada penceramah jemputan iaitu Pengarah dan Timbalan Pengarah HEP IKBN Wakaf Tapai yang sudi membantu peserta mengenali karektor serta personaliti diri mereka. Program ini juga dihadiri oleh Timbalan Pengarah HEP IKTBN Temerloh, En Musa bin Salim yang turut berkongsi ilmu berkaitan salutasi dan protokol kepada peserta agar peserta

Read 226 times