Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Sabtu, 19 September 2020 12:13

LAWATAN KE JABATAN TEKNOLOGI POLIMER, PUSAT LATIHAN TEKNOLOGI TINGGI (ADTEC) JERANTUT

Written by
Rate this item
(0 votes)

17 September 2020 (Jumaat)-Fakulti Pengajian Umum (FPU) telah menganjurkan satu lawatan ke Jabatan Teknologi Polimer, Pusat Latihan Teknologi Tinggi (ADTEC) Jerantut. Lawatan ini yang diketuai oleh Pn. Faridah, Ketua Fakulti Pengajian Umum bertujuan memberi untuk memberi pendedahan kepada pengajar berkenaan berkaitan dengan peralatan teknologi kejuruteraan.

Fakulti Pengajian Umum merupakan satu fakulti yang bertanggungjawab menyelaraskan kursus atau subjek Umum Teknikal dan Bukan Teknikal bagi program yang dilaksanakan di IKTBN Temerloh iaitu Program Teknologi Kejuruteraan dan Persijilan Kemahiran Malaysia (PSKM). Melalui lawatan ini pengajar dapat melihat dan mengenalpasti teknologi berkaitan pemprosesan polimer seperti bahan mentah, pemesinan dan cetakan 3D.Teknoligi berkaitan juga adalah berkaitan dengan kursus-kursu yang dipelajari oleh pelajar Teknologi Kejuruteraan di institut ini.

Selain itu, pengajar juga diberi peluang ke Jabatan Teknologi Rekabentuk Produk Industri untuk tambahan input berkenaan teknologi rekabentuk yang ada di ADTEC. Diharap hasil lawatan ini dapat memberi input baru dan membantu meningkatkan kualiti pengajaran dikalangan pengajar di institut ini.

Read 255 times