Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Isnin, 14 September 2020 12:23

PROGRAM STAR@U - KURSUS SMARTPHONE PHOTOGRAPGY

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR , 14 SEPTEMBER 2020 – Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan  Kursus STAR@U: Smartphone Photography Siri 1 yang berlangsung pada 5 hingga 6 September 2020 manakala Sesi 2  pada 13 hingga 14 September 2020. Kursus dikelolakan tiga pengajar iaitu Puan Hjh Adiniah binti Muhamad Radzai, En.Syed Mohathir Bin Syed Adam dan En. Mohd Shamsul Anuar Bin Moh Suaid bertempat di Bilik Tayangan Pengajian Umum IKBNSIP dengan peserta 18 orang.


Objektif utama kursus adalah untuk membuka minda para belia serta memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk menggunakan telefon pintar masing-masing secara optimum disamping menjana pendapatan selepas kursus ini. Kursus ini diadakan secara teori dan praktikal dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Antara pengisian pada hari pertama adalah pengenalan fotografi, seni fotografi, kenali kamera anda, elemen-elemen fotografi, komposisi fotografi, teknik pencahayaan dalam fotografi dan pada sesi petang peserta didedahkan dengan latihan amali – outdoor disekitar IKBNSIP. Latihan ini dapat memberi peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran di sebelah pagi tadi. Dengan teknik-teknik yang dipelajari para peserta ini lebih tahu mengambil gambar dengan lebih berkualiti. Pada hari kedua, pembelajaran teori diteruskan dengan mempelajari gambar dan saiz yang sesuai untuk di upload dalam Facebook, Instagram, Twitter dan media sosial yang lain. Pada sesi petang pula, para peserta didedahkan dengan teknik mengambil gambar produk dengan menggunakan mini studio.

Dengan menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari pada hari pertama, para peserta dapat hasilkan gambar produk yang menarik dengan tunjuk ajar dari pengajar. Para peserta ini perlu menangkap gambar ini secara individu agar mereka dapat mengenalpasti kesilapan produk yang mereka hasilkan dan boleh diperbaiki.

Pada hari ketiga, para peserta membuat final touch up gambar yang dihasilkan oleh mereka. Gambar-gambar yang telah di edit kemudiannya di cetak untuk dijadikan produk akhir mereka.

Majlis penutup disempurnakan oleh Pengarah IKBNSIP En. Md. Isa bin Ibrahim pada 14 September 2020.

Read 355 times