Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 22 September 2020 12:37

PROGRAM KURSUS JANGKA PENDEK (KJP) - KURSUS SMARTPHONE PHOTOGRAPHY

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR , 22 SEPTEMBER 2020 – Jabatan Teknologi Rangkaian dan Multimedia (JTRM) IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan  Kursus KJP : Smartphone Photography  yang berlangsung pada 19 September 2020. Kursus ini dikelolakan dua pengajar iaitu Puan Hjh Adiniah binti Muhamad Radzai dan En. Mohd Shamsul Anuar Bin Moh Suaid bertempat di Bilik Tayangan Pengajian Umum IKBNSIP dengan peserta 11 orang.


Objektif utama kursus adalah untuk membuka minda para belia serta memberi tunjuk ajar kepada mereka untuk menggunakan telefon pintar masing-masing secara optimum disamping dapat menjana pendapatan selepas kursus ini. Kursus ini diadakan secara teori dan praktikal dengan mengamalkan penjarakan fizikal.

Antara pengisian pembelajaran adalah pengenalan fotografi, seni fotografi, kenali kamera anda, elemen-elemen fotografi, komposisi fotografi, teknik pencahayaan dalam fotografi serta peserta didedahkan dengan latihan amali – outdoor disekitar IKBNSIP. Latihan ini dapat memberi peluang kepada para peserta untuk mengaplikasikan pembelajaran yang berlangsung selama 1 hari. Dengan teknik-teknik yang dipelajari para peserta ini lebih tahu mengambil gambar dengan lebih berkualiti.

Pembelajaran teori diteruskan lagi dengan mempelajari gambar dan saiz yang sesuai untuk di upload dalam Facebook, Instagram, Twitter dan media sosial yang lain. Pada sesi petang pula, para peserta didedahkan dengan teknik mengambil gambar produk dengan menggunakan mini studio.

Dengan menggunakan teknik-teknik yang telah dipelajari ini, para peserta dapat hasilkan gambar produk yang menarik dengan tunjuk ajar dari pengajar. Para peserta ini perlu menangkap gambar ini secara individu agar mereka dapat mengenalpasti kesilapan produk yang mereka hasilkan dan boleh diperbaiki.

Para peserta perlu membuat final touch up gambar yang dihasilkan oleh mereka. Gambar-gambar yang telah di edit kemudiannya di cetak untuk dijadikan produk akhir mereka.

Read 368 times