Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 16 September 2020 12:42

KUIZ TEKA GAMBAR MENYEMARAKKAN SEMANGAT PATRIOTIK DALAM KALANGAN WARGA IKBNSIP

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 16 SEPTEMBER PERAK-  Bagi menyemarakkan semangat patriotik dalam kalangan warga IKBN Seri Iskandar, Kuiz Teka Gambar Sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia 2020 telah diadakan bermula 27 Ogos 2020 hingga 11 September 2020 pada setiap hari jam 9.00 pagi.


Kuiz Teka Gambar anjuran Unit Perpustakaan, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan IKBNSIP ini bertujuan untuk menyemarakkan sambutan Bulan Kebangsaan dan Bulan Malaysia 2020. Kuiz ini juga bertujuan menambahkan pengetahuan am berkaitan negara walaupun pada ketika ini negara berdepan Covid 19.

Melalui aktiviti menjawab kuiz ini, warga IKBNSIP dapat memupuk semangat patriotik dalam diri mereka. Selain itu juga, mereka dapat memahami kepentingan sebuah negara merdeka, menghargai pemimpin dan jasa pejuang agar sejarah kemerdekaan ini tidak hilang ditelan oleh arus pemodenan.

Diakhir Kuiz Teka Gambar tersebut, pada setiap hari juga, Unit Perpustakaan IKBNSIP telah mengedarkan maklumat secara ringkas mengenai topik soalan kuiz tersebut secara online supaya warga IKBNSIP lebih memahami dan mendalami mengenai topik kuiz yang telah diedarkan setiap hari.

Read 373 times