Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Rabu, 23 September 2020 12:57

PROGRAM GOTONG-ROYONG EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SIRI 3 /2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 23 SEPTEMBER 2020  - Aktiviti gotong-royong bukan sahaja menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan sillaturahim di kalangan masyarakat sesebuah kawasan. Menyedari kepentingannya, Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar (IKBNSI) mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Selain warga kerja setempat, gotong-royong tersebut turut melibatkan pekerja pembersihan dan pengawal keselamatan.


Sehubungan dengan itu, Jawatankuasa Induk EKSA IKBN Seri Iskandar telah mengadakan Gotong-Royong Perdana Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) pada 23 September 2020 jam 08.00 pagi hingga 5.00 petang.

Aktiviti gotong-royong ini tertumpu kepada keseluruhan sektor dan proses penglebalan yang mengikut kriteria Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA).

Program ini memberi peluang kepada seluruh warga IKBN Seri Iskandar mengenali secara dekat mengenai corak kehidupan serta hidup bermasyarakat yang diamalkan di sini.

Semangat gotong-royong seumpama itu perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara warganya seterusnya dapat menghasilkan kerjasama yang baik di samping dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan sillaturahim.

Read 347 times