Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 17 September 2020 13:00

KURSUS PENGUKUHAN E-PEROLEHAN

Written by
Rate this item
(1 Vote)

SERI ISKANDAR, 17 SEPTEMBER 2020 – Bertempat di Dewan Maharajalela IKBN Seri Iskandar telah diadakan Kursus Pengukuhan ePerolehan. Kursus ini adalah untuk pegawai yang terlibat dengan Sistem ePerolehan. Seramai 45 orang peserta yang terlibat dari semua bahagian. Kursus dua hari yang berlangsung dari jam 9.00 pagi hingga 5.00 petang telah dianjurkan oleh Unit Kewangan IKBN Seri Iskandar dengan kerjasama Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd.


Puan Noorul Hazani binti Majid dari Syarikat Commerce Dot Com Sdn Bhd Negeri Perak telah dijemput sebagai penceramah bagi menjayakan kursus ini. Sesi pertama pegawai diperkenalkan dengan antaramuka Sistem Online ePerolehan. Mereka juga dimaklumkan berkenaan peranan masing-masing didalam sistem ePerolehan ini.

Pada sebelah petang pegawai diajar bagaimana untuk melakukan transaksi Pembelian Terus secara atas talian. Antara peranan pengguna yang penting dalam proses ini adalah peminta, pelulus, urus setia dan pembekal. Dengan adanya sistem atas talian ini pembekal hanya perlu memuat naik katalog, secara tidak langsung memudahkan urusan pembelian terus termasuk modul Sebutharga dan Tender secara atas talian menggunakan sistem ePerolehan.

Dengan adanya Sistem ePeroleha semua proses dan dokumentasi adalah diatas talian, ia dapat menjimatkan masa dan boleh diakses dimana-mana sahaja termasuklah diperanti mudah alaih. Semua proses seperti cipta sebut harga, cipta surat setuju terima, pemilihan pembekal dan kajian pasaran dibuat atas talian. Diharap dengan adanya kursus dan sistem yang baharu ini dapat meningkatkan lagi kecekapan dalam pengurusan.

Read 360 times