Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Selasa, 29 September 2020 16:56

LAWATAN KERJA DATO KSU KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA KE IKTBN BACHOK

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 29 September 2020 – Ketua Setiausaha Kementerian Belia dan Sukan, YBhg. Datuk M Noor Azman Bin Taib telah mengadakan lawatan kerja ke IKTBN Bachok pada 24 September 2020 (Khamis). Lawatan ini juga disertai oleh En Mohd Asdi bin Zainudin (Ketua penolong Setiausaha, Pejabat SUB Pembangunan), Dr. Ir. Azmi bin Ahmad (Timbalan Ketua Pengarah, BPKB) dan En. Azli bin Mohamed (Penolong Pengarah Kanan, BPKB).

Lawatan kerja dimulakan dengan penerangan ringkas berkenaan latar belakang IKTBN Bachok dan projek-projek pembangunan yang sedang dan telah dijalankan di bawah peruntukan RMK ke-11 oleh En. Kamarul Anuar bin Haron, Penolong Pengarah Unit Pembangunan IKTBN Bachok. Kemudian, diteruskan dengan jamuan tengahari yang diadakan di Jabatan Teknologi Hospitaliti dengan menonjolkan produk dan servis pelajar di jabatan tersebut.

Program diteruskan dengan perjumpaan bersama warga kerja IKTBN Bachok dimulakan dengan ucapan aluan oleh Tuan Pengarah, Dato’ Kamarulzaman Hassan bin Mansor disusuli penyampaian ucapan dan amanat Datuk KSU dan berakhir dengan sesi soal jawab.

Antara intipati ucapan beliau ialah mengenai pencapaian dan cabaran semua warga kerja ILKBS dalam menjadikan bidang TVET pilihan utama dengan meningkatkan kebolehsediaan ILKBS dalam melahirkan belia berkemahiran. Beliau juga menekankan integriti dalam menjalankan tugas dan keteguhan jatidiri dan profesionalisme selaku penjawat awam perlu sentiasa dihayati.

Lawatan kerja diteruskan ke tapak projek pembangunan bagi kerja-kerja membina telaga tiub dan sistem rawatan air. Penerangan skop kerja dan progres telah disampaikan oleh syarikat yang dilantik iaitu AM Synergy. Datuk KSU kemudian bergerak ke Jabatan Teknologi Automotif dan Jabatan Teknologi Awam untuk melihat perolehan aset latihan berupa kenderaan, mesin, peralatan termasuk tiga buah makmal komputer yang baru. Datuk KSU juga berkesempatan untuk melawat asrama, surau, Pejabat HEP dan juga pentadbiran. Lawatan berakhir jam 6.30 petang.

 

Disediakan Oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 356 times