Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 October 2020 08:44

KUNJUNGAN HORMAT DAN PERBINCANGAN MENGENAI PENTAULIAHAN PUSAT BERTAULIAH CIDB BAGI IKTBN CHEMBONG

Written by
Rate this item
(0 votes)

PWTC, 1 September 2020 (Selasa) – Pihak IKTBN Chembong telah mengadakan kunjungan hormat ke Pejabat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia yang bertempat di Tingkat 35, Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur untuk perbincangan peluang berkaitan pentauliahan pusat bertauliah CIDB bagi IKTBN Chembong.

             Pihak Institut yang diwakili En. Mohamad Zohari bin Tan selaku wakil dari cawangan hubungan industri bersama-sama pengajar telah hadir dengan hasrat membincangkan dengan lebih terperinci keperluan sebenar yang diperlukan untuk menjadi pusat bertauliah CIDB.

             Perbincangan turut dihadiri oleh Ketua Unit Cawangan Hubungan Industri iaitu Aleff Sahawaludin bin Harun serta dua pengajar yang telah menjalani kursus sebagai pengajar bagi CIDB iaitu En Syabandi bin Md Sarip dan En Affendy Zabkha bin Mohd Zain. Pihak CIDB diwakili oleh Pengurus Bahagian Pentauliahan Latihan, Pn Nisrinah binti Mat Kail dan Penolong Pengurus bahagian yang sama iaitu En Marwan bin Maarof.

             Semoga perbincangan ini akan memberi faedah dan manfaat kepada kedua-dua pihak dalam menampung keperluan industri dan memberi nilai tambah terhadap pelatih-pelatih institut serta komuniti sekitar.

Read 419 times