Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 October 2020 08:52

WAWANCARA BAGI PROMOSI IKTBN CHEMBONG DI RADIO IKIM FM

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bangi, 16 September 2020 (Rabu)“JOM SERTAI IKTBN CHEMBONG”. Promosi kemasukan pelajar sesi 2/2020 telah dijalankan melalui slot wawancara di radio IKIM FM. Pihak institut diwakili oleh Pn. Ruzanna binti Robuan selaku Ketua Jabatan Awam telah bersiaran secara langsung dalam slot Warna Pagi di Hari Malaysia bersempena sambutan Hari Malaysia.

           Dalam slot ini, antara kesempatan yang diambil adalah memperkenalkan latar belakang IKTBN Chembong, kursus yang ditawarkan dan kemudahan yang disediakan. Sambil ditemani celoteh dua Pengacara radio yang peramah iaitu En. Suffian Amrin dan En. Hazwan Syah yang lebih dikenali sebagai ”Dj Pian” serta ”DJ Hazwan”, perkara lain yang turut di kongsi adalah suasana pembelajaran, kemudahan yang ditawrkan serta prospek kerjaya setelah tamat latihan.

            Pihak Institut merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak Radio Malaysia IKIM FM yang sudi memberi peluang kepada pihak IKTBN Chembong untuk memberikan hebahan kemasukan ke IKTBN Chembong. Harapan institut kepada para belia agar memanfaatkan peluang kemahiran ini sabaik mungkin demi kemajuan kerjaya pada masa hadapan melalui kursus - kursus kemahiran di samping mendapat peluang - peluang latihan dan laluan kerjaya menerusi bidang Automotif dan Awam yang ditawarkan. Semoga hasrat Kerajaan dalam berusaha melahirkan belia yang cemerlang sahsiah serta seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani dan Intektual dapat dicapai sebagai pemangkin negara di masa hadapan.

Read 392 times