Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 08 October 2020 11:22

MAJLIS MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN (MoU) ANTARA IKTBN CHEMBONG BERSAMA PUNCAK RAHMAT GLOBAL

Written by
Rate this item
(1 Vote)

Chembong, 07 Oktober 2020 (Rabu) – Hasil mesyuarat yang telah dijalankan pada 27 Julai 2020 antara Cawangan Hubungan Industri IKTBN Chembong bersama pihak syarikat Puncak Rahmat Global, satu bentuk kerjasama telah dipersetujui oleh kedua-dua pihak dalam meningkatkan keperluan industri negara. IKTBN Chembong selaku pusat bertauliah dalam melahirkan tenaga mahir bagi bidang automotif dan awam akan terus berusaha untuk memenuhi kehendak industri dan mengikut tanda aras yang diperlukan bagi membantu pelatih-pelatih mendapatkan pekerjaan.

               Majlis yang berlangsung pada jam 10.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, IKTBN Chembong ini dimulakan dengan kata aluan oleh Pengarah, Tuan Hj. Johari bin Mohamad Tahar seterusnya memberi ulasan berkaitan isi kandungan persefahaman yang terjalin. Turut hadir dalam majlis ini adalah Pn. Hjh. Suriani binti Hasan, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan bersama Ketua Jabatan awam serta Cawangan Hubungan Industri. Pihak syarikat diwakili En. Mohamad Tahir bin Rahmat selaku Pengurus bersama Pengurus Tapak, En. Ahmad Nasri bin Mohamad Tahir.

                 Puncak Rahmat Global merupakan sebuah syarikat pembinaan khususnya bidang IBS. Antara persetujuan kerjasama ini adalah penempatan Latihan Industri pelatih, Latihan Sangkutan Industri pengajar, bantuan dalam kurikulum latihan, peluang pekerjaan serta sumbangan bagi latihan. Pihak syarikat juga bersetuju untuk membayar elaun bagi penempatan latihan industri pelatih beserta penginapan sekiranya perlu. Kerjasama yang terbentuk ini merupakan kelebihan bagi pelatih-pelatih bidang awam khususnya bidang Teknologi Jurubina Bangunan, Teknologi Lukisan Senibina dan Teknologi Lanskap Pembinaan.

Pihak Institut merakamkan ribuan penghargaan kepada pihak syarikat dalam persetujuan kerjasama ini bagi memberi ruang serta peluang kepada pelatih-pelatih menetukan hala tuju kerjaya mereka pada masa hadapan. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan terus maju dalam menghasilkan tenaga mahir tempatan bagi menampung kehendak industri menuju status negara maju.

Read 263 times