Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 02 October 2020 16:08

MAJLIS PENUTUP BENGKEL PEMBANGUNAN BAHAN PENGAJARAN BERTULIS (WIM) BIDANG RANGKAIAN KOMPUTER DAN ELEKTRIK (PW & SKM) SIRI 2 TAHUN 2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

LUMUT, 2 OKTOBER 2020 - Bermula daripada 29 September sehingga 2 Oktober 2020 IKBN Seri Iskandar telah menganjurkan Bengkel Pembangunan Bahan Pengajaran Bertulis (WIM) Bagi Bidang Rangkaian Komputer dan Elektrik (PW & SKM) Siri 2 Bagi Tahun 2020 selama 4 hari bertempat di The Orient Star Resort Lumut, Perak.


Bengkel kali ini merupakan kesinambungan daripada bengkel siri 1 yang telah diadakan pada bulan Ogos yang lalu. Walaubagaimanapun bengkel kali ini hanya melibatkan wakil-wakil daripada 5 buah ILKBS iaitu IKBN Seri Iskandar, IKTBN Bukit Mertajam, IKTBN Dusun Tua, IKTBN Alor Gajah, dan IKBN Wakaf Tapai. Bengkel kali ini juga turut disertai oleh 2 orang pengajar daripada Jabatan Pengajian Umum IKBN Seri Iskandar Perak bagi membantu dalam penyediaan dokumen-dokumen WIM yang dibangunkan dalam bahasa Inggeris bagi bidang Rangkaian Komputer.

Majlis Penutup Bengkel Pembangunan WIM kali ini telah diadakan pada 2 Oktober 2020 dan dihadiri oleh Tuan Pengarah IKBN Seri Iskandar, En. Md. Isa bin Ibrahim. Majlis diserikan lagi dengan ucapan aluan-aluan oleh Tuan Pengarah dan penyampaian cenderahati tanda penghargaan kepada fasilitator, En. Zarol Amin bin Zali daripada IKBN Peretak , wakil BPKB, En. Mohamed Syahrani b. Mat Nor dan semua peserta bengkel pada kali ini. Majlis diakhiri dengan jamuan makan tengahari sebelum semua peserta pulang ke destinasi masing-masing.

Read 524 times