Print this page
Khamis, 08 October 2020 16:19

PROGRAM IKBN SERI ISKANDAR PRIHATIN – MENYANTUNI GELANDANGAN

Written by
Rate this item
(0 votes)

IPOH, 8 OKTOBER 2020 – Instiut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar telah menganjurkan Program IKBNSI Prihatin-Menyantuni Gelandangan telah dilaksanakan pada 7 Oktober 2020 Jam 10.00 Malam bertempat di Sekitar Bandaraya Ipoh. Program ini telah melibarkan 23 orang pegawai termasuk Majlis Perwakilan Pelajar 15 orang pelajar. Turut serta program ini, En. Md. Isa Bin Ibrahim, Tuan Pengarah, IKBN Seri Iskandar bagi merasai dan mendekati gelandangan yang berada di sekitar Bandaraya Ipoh.


Objektif utama program ini dianjurkan adalah bagi memupuk sikap prihatin dalam diri pelajar IKBN Seri Iskandar selain dapat merasai sendiri kesusahan yang dialami oleh golongan ini. Kehidupan sebagai seorang pelajar tidak hanya tertumpu kepada akademik semata-mata namun khidmat komuniti kepada masyarakat adalah sesuatu yang perlu diberi perhatian.

Aktiviti dimulakan dengan sesi taklimat kepada para peserta oleh urusetia sebelum program ini dijalankan. Aktiviti yang dijalankan adalah edaran makanan dan sumbangan barangan keperluan am telah diberikan kepada kira kira 100 orang golongan gelandangan dan kurang upaya di sekitar Bandaraya Ipoh pada tengah malam tadi.

Selain itu, para peserta turut dapat menyelami keadaan golongan ini secara dekat dan memberi pendedahan untuk lebih berfikiran terbuka terhadap golongan seperti ini. Program berakhir pada jam 2.30 pagi dan matlamat program tercapai kerana bantuan yang dihulurkan atas dasar kemanusiaan ini berjalan lancar seperti yang dirancangkan serta berharap program seperti ini akan dapat diteruskan pada masa akan datang.

Pihak IKBNSI juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Persatuan Budak Bas Stand Ipoh (PBBSI) yang telah membantu dalam menjayakan program ini. Syabas & Terima Kasih kepada semua pihak yang terlibat.

Read 552 times