Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Jumaat, 09 October 2020 16:23

PENGAUDITAN DALAMAN EKOSISTEM KONDUSIF SEKTOR AWAM (EKSA) SIRI 1/2020

Written by
Rate this item
(0 votes)

SERI ISKANDAR, 8 OKTOBER 2020 – Institut Kemahiran Belia Negara Seri Iskandar Perak telah berjaya melaksanakan Audit Dalaman Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) kali pertama bagi tahun 2020. Penggauditan ini telah diadakan mulai pada 5-7 Oktober 2020 di setiap sektor yang diketuai oleh Pn. Siti Hajar Binti Sulaiman, Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBN Seri Iskandar.


Objektif utama pengauditan ini dilaksanakan adalah untuk untuk mengenalpasti kawasan dan lokasi yang tidak mengamalkan EKSA atau yang memerlukan penambahbaikan serta memastikan pembudayaan EKSA di IKBN Seri Iskandar Perak menepati Panduan Pelaksanaan EKSA IKBNSI dan MAMPU.\

Sesi pembukaan pengauditan telah diadakan pada 7 Oktober 2020 jam 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Utama yang dihadiri oleh ketua jabatan dan bahagian serta juruaudit dalaman EKSA bagi tujuan taklimat agenda pengauditan pelaksanaan dijalankan.

Sesi pembentangan hasil laporan dan penemuan pengauditan yang dilaksanakan selama tiga (3) hari berlangsung telah diadakan pada 7 Oktober 2020 jam 3.30 petang di Perpustakaan yang dihadiri oleh En. Amir-Kharul Bin Daud, Timbalan Pengarah Bahagian Pengurusan Latihan (BPL), ketua jabatan dan bahagian serta juruaudit dalaman EKSA.

Pihak Jawatankuasa Audit Dalaman EKSA IKBNSIP sangat komited untuk memastikan warga IKBNSIP membudayakan EKSA.

Read 365 times