Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Khamis, 24 September 2020 17:01

KERJASAMA IKTBN SEPANG DAN SYARIKAT MOLTEC SDN BHD

Written by
Rate this item
(0 votes)
SEPANG, 24 SEPTEMBER 2020 - IKTBN Sepang bersama Moltec Precision Sdn Bhd telah menandatangi Surat Niat bagi merealisasikan kerjasama antara kedua-dua pihak secara khusus dalam bidang Mekanikal Perkakasan dan Alat Tekan.
Majlis dihadiri oleh Pengarah Urusan Moltec Precision Sdn Bhd, En. Sunny Ng Say Teng Seng dan En. John Woo (Admin) manakala Puan Rosnoizam binti Abdul Majid selaku Pengarah IKTBN Sepang dan pegawai-pegawai serta kakitangan sama-sama meraikan majlis ini. Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Ustaz Mohd Feardaus bin Md Nor dan tayangan video korporat IKTBN Sepang. Pengarah IKTBN Sepang telah menyampaikan ucaptama berkisar tentang kerjasama yang bakal dipenuhi dengan program yang akan mendatangkan kebaikkan melalui MoU yang akan dimeterai pada masa hadapan.
En. Sunny Ng Say Teng pula menerangkan tentang Moltec Precision Sdn Bhd yang sedang dalam usaha menjadi peneraju utama pembuatan mold dalam Malaysia dan memaklumkan berkenaan ‘Smart Manufacturig System’ yang akan beroperasi.
 
Seterusnya sesi menandatangani Surat Niat yang merangkumi kerjasama yang melibatkan latihan industri, perkongsian pakar industri, ‘training of trainers (TOT) untuk pengajar IKTBN Sepang dan Moltec, program Bootcamp dan Perantisan serta program Persijilan Kemahiran Malaysia kepada pekerja MBSB. Wakil dari Moltec juga dibawa untuk melawat kemudahan yang ada di bengkel mekanikal perkakasan, bengkel CNC, bengkel polimer dan bengkel elektrik.
 
Majlis disudahi dengan jamuan makan tengah hari dan sesi bergambar.
 
 
Read 1181 times Last modified on Selasa, 03 November 2020 12:15