Bahagian Pembangunan Kemahiran Belia

Institusi Latihan Kemahiran Belia & Sukan

 
Ahad, 25 October 2020 16:11

Liga Bola jaring dan Bola Sepak Tertutup IKTBN Bachok

Written by
Rate this item
(0 votes)

Bachok, 25 Oktober 2020 – Puan Hazmanita Binti Che Hamid (Ketua Bahagian Hal Ehwal Pelajar IKTBN Bachok ) telah menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Liga Bola Jaring dan Bola Sepak Tertutup Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda Peringkat IKTBN Bachok pada 24 Oktober 2020 bertempat di Padang Astaka IKTBN Bachok.

Pertandingan ini diadakan dengan SOP yang ketat bagi memastikan penularan wabak Covid 19 tidak berlaku dikalangan pelajar. Puan Hazmanita Binti Che Hamid yang mewakili Pengarah IKTBN Bachok telah hadir bagi perasmian penutup serta penyampaian hadiah kepada para pemenang. Disamping itu beliau juga turut sempat menyaksikan perlawanan akhir Liga Bola Sepak Tertutup IKTBN Bachok.Program ini diadakan bagi mengisi masa pelajar IKTBN Bachok sekaligus memupuk semangat kesukanan dikalangan pelajar IKTBN Bachok.

Liga kali ini mendapat sambutan luar biasa di kalangan pelajar dengan penyertaan 9 pasukan dikalangan pelajar lelaki menyertai Liga Bola Sepak Tertutup dan 6 pasukan menyertai Liga Bola Jaring Tertutup.Liga kali ini diungguli oleh Jabatan KejuruteraanAwam ( Jurusan Penyelia Awam dan Struktur) dengan mendapat Johan bagi kedua-dua acara yang dipertandingkan.         

 

Disediakan Oleh : Nadia Bt Mat Isa

Disunting oleh : Mohd Rizal Bin Mat Zin

Read 453 times